Wednesday, September 29, 2010

adab - adab mengerjakan solat malam

Allah juga menerangkan mengenai keadaan mereka(orang yang bangun malam) yang sentiasa beribadah kepadanya kemudian memohon keampunannya dalam surah azzariyat ayat 17 sampai 18 yang bermaksud,"Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan pada akhir-akhir malam, mereka memohon ampun dari Allah,"

berikut adalah perincian mengenai adab-adab(Hasbi ash-Shiddieqy) yang perlu dipelihara bagi mereka yang mengerjakan solat malam:

1.Waktu nak tidoq tuh, berniatlah untuk bangun menunaikan solat malam.Daripada Abu Darda', Nabi berkata:

"sesiapa yang datang ke tempat tidurnya sedang dia berniat akan bangun dari tidur bersolat pada malam hari itu, padahai dia terus tertidur hingga pagi, ditulislah baginya apa yang dia niatkan dan tidurnya itu menjadi sedekah kepadanya daripada tuhannya."
(Hadis laporan an-Nasa'i).

*rugilah pada sesiapa yang tak berniat nak solat malam*

2.Menyapu muka apabila udah bangun dari tidur, lalu bersuci dan memandang ke langit.
Kemudia bacalah doa' yang dibaca nabi, yang bermaksud, "Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha sucilah Engkau. Aku mohon ampun dari Engkau akan rahmat Engkau. Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan janganlah Engkau membelokkan hatiku ini, sesudah Engkau menunjukiku. Dan limpahkanlah rahmat dari sisimu, bahwa Engkau adalah Tuhan yang banyak anugerah. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami, selepas mematikan kami, dan hanya kepadanyalah tempat kembali."

3.Memulakan solat malam dengan dua rakaat yang ringan atau ringkas(Solat Iftitah).Sesudah itu bersolatlah mengikut rakaat yang dikehendaki. Aisyah ada berkata, "Rasulullah kerap, apabila bangun bangun pada waktu malam bagi bersolat malam, beliau membuka solatnya dengan dua rakaat yang ringan." (Hadis laporan Muslim)

Abu Hurairah pula menjelaskan Nabi berkata, "Apabila seseorang daripada kamu berdiri pada waktu malam bagi bersolat malam, maka dia perlu membuka solatnya dengan dua rakaat yang ringan."

*buka dulu dengan solat ringan seperti solat iftitah, jangan terus tibai/balon solat berat seperti tahajjud, tasbih etc*..Ibarat seperti seorang pemain bola sepak yang 'warm up' dahulu sebelum beraksi 90 minit masa permainan sebenar.

4.Membangunkan keluarga supaya sama-sama bersolat malam.
Direkodkan Abu Daud dan lain -lain dengan sand yang sahih daripada Abu Hurairah, nabi berpesan, "Apabila seseorang membangunkan keluarganya pada waktu malam, lalu kedua- duanya bersolat ataupun bersolat sekali bersama-sama, (maka) ditulislah dia dalam golonganorang yang menyebut Allah."
(Hadis laporan Abu Daud)

5.Berhenti solat untuk kembali tidoq, iaitu apabila rasa mengantuk.Tidurlah hingga tidak lagi mengantuk. Daripada Aisyah, nabi berpesan, "Apabila seseorang antara kamu bangun pada waktu malam bersolat malam, lalu dia sukar membaca Quran, tidak tahu/tahwan apa yang dia baca, maka dia perlu tidur," (Hadis laporan Muslim)

6.Jangan terlalu memaksa diri. Laksanakanlah solat mengikut kesanggupan, dan biarlah kita istiqamah dalam mengerjakannya. Jangan meninggalkannya, kecuali apabila berlaku darurat. Aisyah menerangkan, nabi berkata, "Ambillah sebanyak mana yang kamu sanggupi dari macam-macam amalan.Demi Allah, Allah tiada memutuskan pahalanya hingga kamu memutuskan ibadah," (Hadis laporan Bukhari)

~SELAMAT BERAMAL SAHABAT~

Tuesday, September 28, 2010

Tanda-Tanda Dicintai Rabbul Jalil



















1) Terjaga dari pesona dunia
Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya terpesona dengan dunia dan dunia menguasainya. Jika selama 24 jam dlm sehari, seseorang banyak mengingati Allah, maka itu tandanya Allah mencintainya.

2) Taat beragama
Walaupun seseorang baru melangkah satu langkah menyambut ketaatan kepada Allah dengan menjalankan ajaran agama, maka yang demikian adalah petanda Allah mencintainya.
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada orang yang mencintai dunia dan juga kepada orang yang tidak mencintainya, tetapi Dia memberi agama hanya kepada orang yang Dia cintai. Barangsiapa diberi agama oleh Allah, maka Dia telah mencintainya."
Jadi, jika seseorang mula tergerak untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran agama, maka itu petanda bahawa ia dicintai Allah.




















3) Mendalami agama
Ini juga dapat diperoleh secara bertahap seperti ketaatan beragama. Pada mulanya ia mungkin tidak memahami Islam sedikit pun, kemudian sedikit demi sedikit mula mempelajari Al-Quran dan dasar2 agama, lalu meningkat mempelajari agama secara mendalam, dan akhirnya dikenali sebagai ahli agama.

4) Sikap lemah lembut
Apabila ia dianugerahi sifat lemah lembut sehingga menjadi hamba yang penyantun, maka sebenarnya ia dicintai oleh Allah. Sebaliknya, orang yang tidak mampu mengawal dirinya, walaupun hanya kerana persoalan yang kecil sahaja, ini akan membuatkan ia jauh dari dicintai Allah.





















5) Diberi kemudahan melakukan ketaatan
Allah akan mudahkan jalan2 kebaikan bagi orang2 yang dicintaiNya.

6) Diberi kesulitan melakukan kemaksiatan

Allah akan menutup kesempatan dan jalan2 kepada kemaksiatan bagi orang2 yang dicintaiNya.




















7) Husnul khatimah

Akhir hayat orang yang dicintai Allah akan ditutup dengan pengakhiran yang baik. Ada sebahagian orang yang semasa hidupnya nampak taat pada ajaran agama, akan tetapi ketika meninggal dunia, amal perbuatannya adalah menentang Allah. Kerana itu, sepatutnya setiap orang perlu bimbang akan kematiaannya saat sedang dalam kemaksiatan. Sebaliknya, amal-amal ketaatan hendaklah sentiasa dijaga agar husnul khatimah menjadi penutup usia. ameen.