Thursday, February 17, 2011

Hati yAng 'BeRCeLaRu'..haru biru..

Bismillahirahmanirrahim..dengan nama Allah Tuhan yang maha pengasih dan penyayang..

'Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang di alami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.' -Al Baqarah 214-

Jika diri sudah bulat tekad untuk bergelar pejuang kepada agama Allah taala, mengintima'kan diri dalam harakah islam melalui gerak kerja menegakkan hukum syariat Allah taala di atas muka bumi Allah SWT ini..kita pasti akan di UJI oleh rabbul jalil pemilik hati-hati kita,rab pemilik sekelian alam maya ini,dan rab yang menguasai hari pembalasan serta pemilik mutlak syurga dan neraka.

Tanda seseorang hamba disayangi oleh Tuhannya ialah apabila ujian diberikan kepadanya.Ini merupakan satu proses penapisan bagi melihat hamba yang betul2 ikhlas di dalam perjuangan ini. Melalui ujian..dapat membezakan antara hamba yang beriman,fasiq dan munafiq.

Hamba-hamba yang ikhlas sesekali tidak akan berpaling dari perjuangan ini dengan apa jua rintangan yang disediakan dihadapannya.Hal ini kerana mereka percaya dengan kalam Allah sepertimana yang direkodkan dalam al-Furqan surah ke-2, surah al-Baqarah ayat terakhir, ayat 286..

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kamu jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." '

Ayat di atas merupan doa'yang ma'thur yang juga terdapat dalam kitab Ma'thurat yang disusun oleh As Syahid Imam Hasan Al-Banna..

Jadi marilaha jom pakat renung dan seterusnya beramal Insya-Allah dengan kata-kata Ibnu mas'ud...beliau berkata bila mana hati atau fikiran bercelaru, rasa haru biru maka ;lakukanlah 3 perkara ini:

1.hadirkanlah diri ditempat orang-orang membaca Al-Quran,membacanya @ mendengar bacaan mereka..

2.menghadiri majlis2 ilmu/kuliah yang mana dapat mengingatkan diri kepada tuhan..

3.pergilah ke tempat yang sunyi, maka bertafakurlah kamu kepada Allah..


Akhir kata, jom sama-sama doa moga diberi hati yang istiqamah dalam perjuangan 'nafas panjang ini'..amin..

Saturday, February 12, 2011

Kebahagiaan ada pada diri Anda

Menghilangkan kegelisahan

*Iman itu menghilangkan kegelisahan dan melenyapkan duka cita. Iman itu adalah kekasih orang-orang yang beriman dan kesenangan orang-orang yang beribadah.

*Segala sesuatu yang telah berlalu itu tiada berguna, oleh kerana itu janganlah mengingat masa-masa yang telah berlalu, sebab hal itu telah hilang dan binasa.

*Terimalah ketentuan Allah itu dengan senang hati, terimalah rezeki yang telah ditentukan itu dengan lapang dada, sebab segala sesuatu itu sudah ada ketentuannya, oleh kerana itu janganlah berkeluh kesah.

*Ingatlah bahawa mengingati Allah dapat menenangkan hati dan menghindarkan diri dari berbuat dosa. Allah yang maha mengetahui yang ghaib menyukai orang-orang ang berzikir, dan zikir itu melepaskan seseorang dari mara bahaya.


Jangan berdendam


*Janganlah menunggu ucapan terima kasih dari seseorang, cukuplah engkau memperoleh pahala dari Allah yang Maha Memberi. Janganlah membalas orang yang berbuat dengki dan dendam kepadamu dengan perbuatan yang sama.

*Bila engkau dapat melakukan suatu pekerjaan pada pagi hari maka jangan tunggu sampai petang hari. Hiduplah sepanjang hari dan bulatkanlah azammu untuk memperbaiki hari-harimu.

*Biarkan masa depan itu datang sendiri, janganlah mementingkan hari esok, sebab bila engkau berbuat baik pada hari ini maka hari esokmu sudah pasti baik.

*Sucikanlah hatimu dari sifat dengki, bersihkanlah dia dari sifat dendam, benci dan permusuhan.

DR. 'Aidh Abdullah Al- Qarni

Tuesday, October 26, 2010

Perbezaan golongan penghidup, pembunuh malam.

Allah SWT akan zahirkan syurga dan tidak akan menemuinya kecuali para wali-Nya. Berkata lagi ibnu al Munkabir.
"Bahawa tiada kelazatan di dunia ini meskipun usiaku telah lanjut kecuali 3 perkara ; pertamanya iaitu qiyamullail' iaitu solat malam , yang kedua ketika bertemu sahabat seperjuangn , ketiganya ialah boleh melakukan solat jemaah dengan sempurna."

Berkata pula sebahagian daripada mereka (puak ahli qiyamullail) katanya:

"Bagiku malam itu ialah bahawa diriku tersepit diantara dua bahagian malam.Aku merasa rawanapabila fajar mulai menyinsing, dengan situasi demikian kegembiraan hatiku tidak pernah sempurna kerana waktu qiyamullail berakhir."

Demikianlah pelbagai pandangan sebahagian ahli qiyamullail tentang hubungan dirinya dengan malam, ada yang menganggap ketenangan hatinya yang seronok berkhalwat telah terganggu oleh sinar waktu fajar.

Imam Ghazali menyatakan ; bahawa cara menghidupkan malama ada tujuh peringkat, perkataan menghidupkan malan merupakan suatu sindiran pahit kepada pembunuh malam dengan tidurnya, sedangkan umur itu adalah modal paling berharga bagi manusia , menghabiskan malam dengan tidur bukan sahaja membunuh malam, malah membuang modal yang amat berharga itu.

Masa depan seseorang bukan sekadar diukur dengan usia hayatnya, sebaliknya masa depan yang sebenarnya ialah saat kebangkitan di padang Mahsyar di akhirat kelak.

Seseorang boleh mengagak sama ada dirinya ahli syurga atau ahli neraka berdasarkan amalan amalannya di dunia.

Sama ada seseorang itu menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, atau 'imatatullail' (membunuh malam) dengan tidur sepanjang malam. Cara menghidupkan malam supaya menjadi modal bagi seseorang, iaitu perhidup sepenuh malam dengan qiyamulllail hingga ke waktu fajar.Inilah pekerjaan orang mukmin yang bergelar pendekar gagah perkasa.

Maksud pendekar itu ialah yang menguasai ilmu serta kekuatan melawan syaitan dan nafsu, dengan mengenepikan pujukan naluri tidur diganti dengan menghidupkan malam bagi orang yang dapat mengenepikan pekerjaan lain, yang telah disempurnakan terlebih dahulu.

Di dunia ini Allah SWT telah menjadikan diantara hamba-Nya yang cerdik-cerdik, yang mampu menceraikan dorongan duniawi.

Setelah dikaji dengan teliti bahawa alam dunia ini bukan destinasi sebenar, sebaliknya sekadar tempat persinggahan sejenak.

Dunia ibarat melayari lautan luas dengan selamat ke seberang yang bernama akhirat, tidak lain dengan bahtera yang bernama amal salih.

Inilah aktiviti manusia yang cerdik disisi syarak, menjadikan amalan qiyamullail hingga ke waktu fajar, sebagai makanan dan jadi denyut nadi untuk jantung hatinya.

Orang yang sampai ke peringkat merasa lazat bermunajat dengan Allah SWT , tidak merasa penat dan letih dengan lama berdiri solat malam membaca al-Quran, dia mampu ganjakkan tidur kepada sebahagian siang untuk tidur. Tidak bererti dia tidak menjalankan peranannya sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah.

Terdapat orang yang telah bersiap susun rancangan ekonomi sekeluarganya sejak zaman muda, sebagai merancang masa depannya agar dipenuhi dengan kegiatan yang bermanfaat, iaitu mencari keredhaan Allah SWT dengan 'ihya-ullail'.

Beramal pada malam hari untuk menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, waktu tidur malam sanggup diganjak ke sebahagian siang hari.

Terdapat kira-kira 40 orang dikalangan para Tabiin yang beramal demikian. Cara yang kedua ialah bangun untuk ihya-ullail seperdua malam, ketiga, ialah bangun sepertiga malamdi bahagian akhir. Keempat ialah bangun satu perlima malam. Kelima ialah tidak mengira bangun awal atau bahagian akhir malam.

Cara keenam ialah bangun terdahulu sedikit sebelum Subuh, sempat solat malam dua atau empat rakaat ditambah satu rakaat witir.

Sekiranya merasa berat untuk bangun tengah malam, maka sayogia jangan dibiar lena waktu sahur. Usahalah seboleh-bolehnya bangun sekira-kira sempat makan sahur jika hendak puasa dan sempat melakukan beberapa jenis solat malam.

Jangan dibicarakan waktu malam berlalu tanpa solat tahajjud dan witir. Paling malang apabila subuh datang menziarahinya ketika seseorang itu sedang lena tidur.

Tahap yang ketujuh ialah ketika subuh menziarahinya orang itu sudah bangun dari tidurnya. Namun tergolong rugi kerana waktu malamnya dalam sifar tanpa solat tahajjud dan witir.

Menyelusuri qiyamullail Rasulullah s.a.w tidak buat selaras dalam perkara wirid dengan satu kaedah sahaja, bagi memudahkan umatnya membuat pilihan dan mengamalnya.

Sama ada wirid jenis bacaan atau qiyamullail Nabi s.a.w sesekali qiyamullail seperdua malam dan sesekali qiyamullail sepertiga malam, atau qiyamullail dua pertiga malam atau satu perenam malam untuk qiyamullail.

Kepelbagain detik Nabi s.a.w berqiyamullail disebabkan situasi Rasulullah yang berbeza. Ada kalanya bekerja berat pada siang harinya terpaksa rehat lebih pada malamnya, menyebabkan lewat sedikit waktu qiyamullailnya.

*mauidzah; TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT*

Saturday, October 16, 2010

Awas daripada Muflis di Akhirat (bhg 1)

"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" Sebagaimana macam besa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w adalah dengan cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.

Para sahabat menjawab ,"Muflis dalam kalangn kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)." Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.

Lantas Rasulullah s.a.w menerangkan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan.Baginda bersabda yang bermaksud: "Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, menfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang.Waktu perbicaraan, diambil pahalanya(si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya , lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!"[riwayat Abu-Hurairah, no 2581]

Penjelasan baginda ini cukup menggerunkan hati-hati orang yang tersemai iman didasarnya, mereka bimbang sekiranya terjerumus ke kancah muflis.

Seseorang yang diisytiharkan bankrap di dunia, masih ada yang boleh membantu, tetapi apabila telah mengisytiharkan muflis di akhirat, tiada lagi hala tuju lain, melainkan neraka...



3 modal, 5 liabiliti
Modal yang dibawa ke akhirat kelak tidaklah terhad kepada tiga jenis pahala yang disebut didalam hadis ini sahaja. Bahkan menurut Ibn 'Allan al-Syafi'i dalam kitabnya, Dalil al-Falihin, juga termasuk pahala amalan soleh yang lain. Ini bermakna, segala kira bicara diakhirat kelak adalah berdasarkan "mata wang dosa pahala".

Ketika itu nilai ringgit sudah tidak laku,begitu juga riyal, dolar dan sebagainya. Manusia yang besar modal pahalanya, dia akan bergembira dan bersenang lenang.Manakala yang kekurangan modal, pasti mencari-cari tempat bergantung yang sudah pasti tiada lagi. Bertambah malang lagi apabila modal yang sedikit terpaksa dibayar kepada manusia lain yang pernah menjadi mangsanya didunia dahulu.

Apakah yang akan terjadi apabila dia tiba-tiba kehabisan modal, sedangkan hutang yang dituntut masih belum selesai? Maka ketika itu dia dipaksa pula oleh malaikat untuk memikul dosa mangsa. Sahlah, dia telah muflis!

Monday, October 4, 2010

fenomena solat witir..

Para ahli tahkik mengatakan, "Witir adalah nama bagi satu rakaat yang diasingkan dari yang sebelumnya, Ini termasuk solat lima, tujuh ataupun sembilan rakaat yang bersambung. Solat witir adalah penutup bagi solat malam."

Di malaysia..solat witir ini selalunya hanya popular,didengari dan dilaksanakan pada bulan ramadhan sahaja.Kadangkala ia dilaksanakan hampir keseluruhan malam sepanjang bulan ramadhan.Barangkali munkin disebabkan selepas solat tarawikh imam terus mengerjakan solat witir atau bagi yang mengerjakan pada waktu pagi munkin disebabkan kemudahan bangun sahur.Maka diantara waktu sahur dan subuh memudahkannya menunaikan solat witir...

Tapi selepas ramadhan boleh kata hampes/mendukacitakan..ramai dikalangan hamba-hamba Allah Taala yang hanya menjadi hamba ramadhan..tetapi bagi ibadurrahman sebaliknya..

Martabat solat witir amatlah tinggi sehingga ada ulamak yang mengatakan solat witir itu sifatnya hampir kepada wajib.Maka melaksanakannya amatlah dituntut..

Dalam keterangan hadis, nabi juga didapati sering menunaikan solat witir 3 rakaat.Dari segi waktunya pula, ia (solat tahajud dan solat witir) dapat dilakukan dari selepas Insyak( bersama sunnahnya) hingga solat Subuh.

Dalam hadis yang lain Saad bin Mansur telah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a..
"Tidak berpagi-pagi seorang lelaki yang tidak mengerjakan solat witir melainkan pada paginya dia mengusung seberkas tali yang berukuran tujuh puluh hasta di atas kepalanya".

Ada yang mengatakan teori kalo udah solat witir tidak boleh lagi mengerjakan solat2 sunat yang lain selepasnya(tahajjud,tasbih,taubat,hajat etc)..Ini tidak benar.Yang benar adalah solat sunat witir itu hanya dilaksanakan sekali sahaja pada satu malam.Tidak boleh dua kali.

Abu Bakar as-Siddiq sendiri bila mengerjakan solat witir itu ketika sebelum tidur.Ini bagi mengelakkan tidak terbangun besok hari maka dirinya sudah solat witir.Lantas Nabi Muhammad menggelarkan beliau seorang yang prihatin dan berhati-hati didalam ibadat

Manakala bagi saidina Umar al-Khattab..memilih mengerjakan solat witir itu di waktu sepertiga malam selepas menunaikan tahajjud kerana keyakinannya yang tinggi untuk bangun malam mendirikan qiyamullail.Maka Rasulullah menyifatkan beliau seorang yang kuat rohaninya didalam ibadat.

*Solat wajib dilaksanakan dengan iktikad ia dilakukan se'ain-ain' kerana TAAT kepada Allah. Bagi solat sunat pula, niatnya adlah bagi menDEKATkan diri kepada Allah. Ibadah sunat khusuusnya solat tahajjud amatlah ditekankan Allah.Ini kerana ia adalah ibadah tambahan, sebagaimana yang disyaratkan Allah dalam surah al-israk ayat 79 yang bermaksud, " Bangunlah pada sebahagian waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di akhirat di tempat yang terpuji."*
Takbir..!!!

~SALAM IBADAH~

Wednesday, September 29, 2010

adab - adab mengerjakan solat malam

Allah juga menerangkan mengenai keadaan mereka(orang yang bangun malam) yang sentiasa beribadah kepadanya kemudian memohon keampunannya dalam surah azzariyat ayat 17 sampai 18 yang bermaksud,"Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam, dan pada akhir-akhir malam, mereka memohon ampun dari Allah,"

berikut adalah perincian mengenai adab-adab(Hasbi ash-Shiddieqy) yang perlu dipelihara bagi mereka yang mengerjakan solat malam:

1.Waktu nak tidoq tuh, berniatlah untuk bangun menunaikan solat malam.Daripada Abu Darda', Nabi berkata:

"sesiapa yang datang ke tempat tidurnya sedang dia berniat akan bangun dari tidur bersolat pada malam hari itu, padahai dia terus tertidur hingga pagi, ditulislah baginya apa yang dia niatkan dan tidurnya itu menjadi sedekah kepadanya daripada tuhannya."
(Hadis laporan an-Nasa'i).

*rugilah pada sesiapa yang tak berniat nak solat malam*

2.Menyapu muka apabila udah bangun dari tidur, lalu bersuci dan memandang ke langit.
Kemudia bacalah doa' yang dibaca nabi, yang bermaksud, "Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha sucilah Engkau. Aku mohon ampun dari Engkau akan rahmat Engkau. Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan janganlah Engkau membelokkan hatiku ini, sesudah Engkau menunjukiku. Dan limpahkanlah rahmat dari sisimu, bahwa Engkau adalah Tuhan yang banyak anugerah. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami, selepas mematikan kami, dan hanya kepadanyalah tempat kembali."

3.Memulakan solat malam dengan dua rakaat yang ringan atau ringkas(Solat Iftitah).Sesudah itu bersolatlah mengikut rakaat yang dikehendaki. Aisyah ada berkata, "Rasulullah kerap, apabila bangun bangun pada waktu malam bagi bersolat malam, beliau membuka solatnya dengan dua rakaat yang ringan." (Hadis laporan Muslim)

Abu Hurairah pula menjelaskan Nabi berkata, "Apabila seseorang daripada kamu berdiri pada waktu malam bagi bersolat malam, maka dia perlu membuka solatnya dengan dua rakaat yang ringan."

*buka dulu dengan solat ringan seperti solat iftitah, jangan terus tibai/balon solat berat seperti tahajjud, tasbih etc*..Ibarat seperti seorang pemain bola sepak yang 'warm up' dahulu sebelum beraksi 90 minit masa permainan sebenar.

4.Membangunkan keluarga supaya sama-sama bersolat malam.
Direkodkan Abu Daud dan lain -lain dengan sand yang sahih daripada Abu Hurairah, nabi berpesan, "Apabila seseorang membangunkan keluarganya pada waktu malam, lalu kedua- duanya bersolat ataupun bersolat sekali bersama-sama, (maka) ditulislah dia dalam golonganorang yang menyebut Allah."
(Hadis laporan Abu Daud)

5.Berhenti solat untuk kembali tidoq, iaitu apabila rasa mengantuk.Tidurlah hingga tidak lagi mengantuk. Daripada Aisyah, nabi berpesan, "Apabila seseorang antara kamu bangun pada waktu malam bersolat malam, lalu dia sukar membaca Quran, tidak tahu/tahwan apa yang dia baca, maka dia perlu tidur," (Hadis laporan Muslim)

6.Jangan terlalu memaksa diri. Laksanakanlah solat mengikut kesanggupan, dan biarlah kita istiqamah dalam mengerjakannya. Jangan meninggalkannya, kecuali apabila berlaku darurat. Aisyah menerangkan, nabi berkata, "Ambillah sebanyak mana yang kamu sanggupi dari macam-macam amalan.Demi Allah, Allah tiada memutuskan pahalanya hingga kamu memutuskan ibadah," (Hadis laporan Bukhari)

~SELAMAT BERAMAL SAHABAT~

Tuesday, September 28, 2010

Tanda-Tanda Dicintai Rabbul Jalil



















1) Terjaga dari pesona dunia
Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya terpesona dengan dunia dan dunia menguasainya. Jika selama 24 jam dlm sehari, seseorang banyak mengingati Allah, maka itu tandanya Allah mencintainya.

2) Taat beragama
Walaupun seseorang baru melangkah satu langkah menyambut ketaatan kepada Allah dengan menjalankan ajaran agama, maka yang demikian adalah petanda Allah mencintainya.
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada orang yang mencintai dunia dan juga kepada orang yang tidak mencintainya, tetapi Dia memberi agama hanya kepada orang yang Dia cintai. Barangsiapa diberi agama oleh Allah, maka Dia telah mencintainya."
Jadi, jika seseorang mula tergerak untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran agama, maka itu petanda bahawa ia dicintai Allah.




















3) Mendalami agama
Ini juga dapat diperoleh secara bertahap seperti ketaatan beragama. Pada mulanya ia mungkin tidak memahami Islam sedikit pun, kemudian sedikit demi sedikit mula mempelajari Al-Quran dan dasar2 agama, lalu meningkat mempelajari agama secara mendalam, dan akhirnya dikenali sebagai ahli agama.

4) Sikap lemah lembut
Apabila ia dianugerahi sifat lemah lembut sehingga menjadi hamba yang penyantun, maka sebenarnya ia dicintai oleh Allah. Sebaliknya, orang yang tidak mampu mengawal dirinya, walaupun hanya kerana persoalan yang kecil sahaja, ini akan membuatkan ia jauh dari dicintai Allah.





















5) Diberi kemudahan melakukan ketaatan
Allah akan mudahkan jalan2 kebaikan bagi orang2 yang dicintaiNya.

6) Diberi kesulitan melakukan kemaksiatan

Allah akan menutup kesempatan dan jalan2 kepada kemaksiatan bagi orang2 yang dicintaiNya.




















7) Husnul khatimah

Akhir hayat orang yang dicintai Allah akan ditutup dengan pengakhiran yang baik. Ada sebahagian orang yang semasa hidupnya nampak taat pada ajaran agama, akan tetapi ketika meninggal dunia, amal perbuatannya adalah menentang Allah. Kerana itu, sepatutnya setiap orang perlu bimbang akan kematiaannya saat sedang dalam kemaksiatan. Sebaliknya, amal-amal ketaatan hendaklah sentiasa dijaga agar husnul khatimah menjadi penutup usia. ameen.