"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" Sebagaimana macam besa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w adalah dengan cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.
Para sahabat menjawab ,"Muflis dalam kalangn kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)." Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.
Lantas Rasulullah s.a.w menerangkan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan.Baginda bersabda yang bermaksud: "Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, menfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang.Waktu perbicaraan, diambil pahalanya(si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya , lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!"[riwayat Abu-Hurairah, no 2581]
Penjelasan baginda ini cukup menggerunkan hati-hati orang yang tersemai iman didasarnya, mereka bimbang sekiranya terjerumus ke kancah muflis.
Seseorang yang diisytiharkan bankrap di dunia, masih ada yang boleh membantu, tetapi apabila telah mengisytiharkan muflis di akhirat, tiada lagi hala tuju lain, melainkan neraka...
3 modal, 5 liabiliti
Modal yang dibawa ke akhirat kelak tidaklah terhad kepada tiga jenis pahala yang disebut didalam hadis ini sahaja. Bahkan menurut Ibn 'Allan al-Syafi'i dalam kitabnya, Dalil al-Falihin, juga termasuk pahala amalan soleh yang lain. Ini bermakna, segala kira bicara diakhirat kelak adalah berdasarkan "mata wang dosa pahala".
Ketika itu nilai ringgit sudah tidak laku,begitu juga riyal, dolar dan sebagainya. Manusia yang besar modal pahalanya, dia akan bergembira dan bersenang lenang.Manakala yang kekurangan modal, pasti mencari-cari tempat bergantung yang sudah pasti tiada lagi. Bertambah malang lagi apabila modal yang sedikit terpaksa dibayar kepada manusia lain yang pernah menjadi mangsanya didunia dahulu.
Apakah yang akan terjadi apabila dia tiba-tiba kehabisan modal, sedangkan hutang yang dituntut masih belum selesai? Maka ketika itu dia dipaksa pula oleh malaikat untuk memikul dosa mangsa. Sahlah, dia telah muflis!
0 comments:
Post a Comment