"Bahawa tiada kelazatan di dunia ini meskipun usiaku telah lanjut kecuali 3 perkara ; pertamanya iaitu qiyamullail' iaitu solat malam , yang kedua ketika bertemu sahabat seperjuangn , ketiganya ialah boleh melakukan solat jemaah dengan sempurna."
Berkata pula sebahagian daripada mereka (puak ahli qiyamullail) katanya:
"Bagiku malam itu ialah bahawa diriku tersepit diantara dua bahagian malam.Aku merasa rawanapabila fajar mulai menyinsing, dengan situasi demikian kegembiraan hatiku tidak pernah sempurna kerana waktu qiyamullail berakhir."
Demikianlah pelbagai pandangan sebahagian ahli qiyamullail tentang hubungan dirinya dengan malam, ada yang menganggap ketenangan hatinya yang seronok berkhalwat telah terganggu oleh sinar waktu fajar.
Imam Ghazali menyatakan ; bahawa cara menghidupkan malama ada tujuh peringkat, perkataan menghidupkan malan merupakan suatu sindiran pahit kepada pembunuh malam dengan tidurnya, sedangkan umur itu adalah modal paling berharga bagi manusia , menghabiskan malam dengan tidur bukan sahaja membunuh malam, malah membuang modal yang amat berharga itu.
Masa depan seseorang bukan sekadar diukur dengan usia hayatnya, sebaliknya masa depan yang sebenarnya ialah saat kebangkitan di padang Mahsyar di akhirat kelak.
Seseorang boleh mengagak sama ada dirinya ahli syurga atau ahli neraka berdasarkan amalan amalannya di dunia.
Sama ada seseorang itu menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, atau 'imatatullail' (membunuh malam) dengan tidur sepanjang malam. Cara menghidupkan malam supaya menjadi modal bagi seseorang, iaitu perhidup sepenuh malam dengan qiyamulllail hingga ke waktu fajar.Inilah pekerjaan orang mukmin yang bergelar pendekar gagah perkasa.
Maksud pendekar itu ialah yang menguasai ilmu serta kekuatan melawan syaitan dan nafsu, dengan mengenepikan pujukan naluri tidur diganti dengan menghidupkan malam bagi orang yang dapat mengenepikan pekerjaan lain, yang telah disempurnakan terlebih dahulu.
Di dunia ini Allah SWT telah menjadikan diantara hamba-Nya yang cerdik-cerdik, yang mampu menceraikan dorongan duniawi.
Setelah dikaji dengan teliti bahawa alam dunia ini bukan destinasi sebenar, sebaliknya sekadar tempat persinggahan sejenak.
Dunia ibarat melayari lautan luas dengan selamat ke seberang yang bernama akhirat, tidak lain dengan bahtera yang bernama amal salih.
Inilah aktiviti manusia yang cerdik disisi syarak, menjadikan amalan qiyamullail hingga ke waktu fajar, sebagai makanan dan jadi denyut nadi untuk jantung hatinya.
Orang yang sampai ke peringkat merasa lazat bermunajat dengan Allah SWT , tidak merasa penat dan letih dengan lama berdiri solat malam membaca al-Quran, dia mampu ganjakkan tidur kepada sebahagian siang untuk tidur. Tidak bererti dia tidak menjalankan peranannya sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah.
Terdapat orang yang telah bersiap susun rancangan ekonomi sekeluarganya sejak zaman muda, sebagai merancang masa depannya agar dipenuhi dengan kegiatan yang bermanfaat, iaitu mencari keredhaan Allah SWT dengan 'ihya-ullail'.
Beramal pada malam hari untuk menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, waktu tidur malam sanggup diganjak ke sebahagian siang hari.
Terdapat kira-kira 40 orang dikalangan para Tabiin yang beramal demikian. Cara yang kedua ialah bangun untuk ihya-ullail seperdua malam, ketiga, ialah bangun sepertiga malamdi bahagian akhir. Keempat ialah bangun satu perlima malam. Kelima ialah tidak mengira bangun awal atau bahagian akhir malam.
Cara keenam ialah bangun terdahulu sedikit sebelum Subuh, sempat solat malam dua atau empat rakaat ditambah satu rakaat witir.
Sekiranya merasa berat untuk bangun tengah malam, maka sayogia jangan dibiar lena waktu sahur. Usahalah seboleh-bolehnya bangun sekira-kira sempat makan sahur jika hendak puasa dan sempat melakukan beberapa jenis solat malam.
Jangan dibicarakan waktu malam berlalu tanpa solat tahajjud dan witir. Paling malang apabila subuh datang menziarahinya ketika seseorang itu sedang lena tidur.
Tahap yang ketujuh ialah ketika subuh menziarahinya orang itu sudah bangun dari tidurnya. Namun tergolong rugi kerana waktu malamnya dalam sifar tanpa solat tahajjud dan witir.
Menyelusuri qiyamullail Rasulullah s.a.w tidak buat selaras dalam perkara wirid dengan satu kaedah sahaja, bagi memudahkan umatnya membuat pilihan dan mengamalnya.
Sama ada wirid jenis bacaan atau qiyamullail Nabi s.a.w sesekali qiyamullail seperdua malam dan sesekali qiyamullail sepertiga malam, atau qiyamullail dua pertiga malam atau satu perenam malam untuk qiyamullail.
Kepelbagain detik Nabi s.a.w berqiyamullail disebabkan situasi Rasulullah yang berbeza. Ada kalanya bekerja berat pada siang harinya terpaksa rehat lebih pada malamnya, menyebabkan lewat sedikit waktu qiyamullailnya.
*mauidzah; TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT*
0 comments:
Post a Comment