Tuesday, October 26, 2010

Perbezaan golongan penghidup, pembunuh malam.

Allah SWT akan zahirkan syurga dan tidak akan menemuinya kecuali para wali-Nya. Berkata lagi ibnu al Munkabir.
"Bahawa tiada kelazatan di dunia ini meskipun usiaku telah lanjut kecuali 3 perkara ; pertamanya iaitu qiyamullail' iaitu solat malam , yang kedua ketika bertemu sahabat seperjuangn , ketiganya ialah boleh melakukan solat jemaah dengan sempurna."

Berkata pula sebahagian daripada mereka (puak ahli qiyamullail) katanya:

"Bagiku malam itu ialah bahawa diriku tersepit diantara dua bahagian malam.Aku merasa rawanapabila fajar mulai menyinsing, dengan situasi demikian kegembiraan hatiku tidak pernah sempurna kerana waktu qiyamullail berakhir."

Demikianlah pelbagai pandangan sebahagian ahli qiyamullail tentang hubungan dirinya dengan malam, ada yang menganggap ketenangan hatinya yang seronok berkhalwat telah terganggu oleh sinar waktu fajar.

Imam Ghazali menyatakan ; bahawa cara menghidupkan malama ada tujuh peringkat, perkataan menghidupkan malan merupakan suatu sindiran pahit kepada pembunuh malam dengan tidurnya, sedangkan umur itu adalah modal paling berharga bagi manusia , menghabiskan malam dengan tidur bukan sahaja membunuh malam, malah membuang modal yang amat berharga itu.

Masa depan seseorang bukan sekadar diukur dengan usia hayatnya, sebaliknya masa depan yang sebenarnya ialah saat kebangkitan di padang Mahsyar di akhirat kelak.

Seseorang boleh mengagak sama ada dirinya ahli syurga atau ahli neraka berdasarkan amalan amalannya di dunia.

Sama ada seseorang itu menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, atau 'imatatullail' (membunuh malam) dengan tidur sepanjang malam. Cara menghidupkan malam supaya menjadi modal bagi seseorang, iaitu perhidup sepenuh malam dengan qiyamulllail hingga ke waktu fajar.Inilah pekerjaan orang mukmin yang bergelar pendekar gagah perkasa.

Maksud pendekar itu ialah yang menguasai ilmu serta kekuatan melawan syaitan dan nafsu, dengan mengenepikan pujukan naluri tidur diganti dengan menghidupkan malam bagi orang yang dapat mengenepikan pekerjaan lain, yang telah disempurnakan terlebih dahulu.

Di dunia ini Allah SWT telah menjadikan diantara hamba-Nya yang cerdik-cerdik, yang mampu menceraikan dorongan duniawi.

Setelah dikaji dengan teliti bahawa alam dunia ini bukan destinasi sebenar, sebaliknya sekadar tempat persinggahan sejenak.

Dunia ibarat melayari lautan luas dengan selamat ke seberang yang bernama akhirat, tidak lain dengan bahtera yang bernama amal salih.

Inilah aktiviti manusia yang cerdik disisi syarak, menjadikan amalan qiyamullail hingga ke waktu fajar, sebagai makanan dan jadi denyut nadi untuk jantung hatinya.

Orang yang sampai ke peringkat merasa lazat bermunajat dengan Allah SWT , tidak merasa penat dan letih dengan lama berdiri solat malam membaca al-Quran, dia mampu ganjakkan tidur kepada sebahagian siang untuk tidur. Tidak bererti dia tidak menjalankan peranannya sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah.

Terdapat orang yang telah bersiap susun rancangan ekonomi sekeluarganya sejak zaman muda, sebagai merancang masa depannya agar dipenuhi dengan kegiatan yang bermanfaat, iaitu mencari keredhaan Allah SWT dengan 'ihya-ullail'.

Beramal pada malam hari untuk menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, waktu tidur malam sanggup diganjak ke sebahagian siang hari.

Terdapat kira-kira 40 orang dikalangan para Tabiin yang beramal demikian. Cara yang kedua ialah bangun untuk ihya-ullail seperdua malam, ketiga, ialah bangun sepertiga malamdi bahagian akhir. Keempat ialah bangun satu perlima malam. Kelima ialah tidak mengira bangun awal atau bahagian akhir malam.

Cara keenam ialah bangun terdahulu sedikit sebelum Subuh, sempat solat malam dua atau empat rakaat ditambah satu rakaat witir.

Sekiranya merasa berat untuk bangun tengah malam, maka sayogia jangan dibiar lena waktu sahur. Usahalah seboleh-bolehnya bangun sekira-kira sempat makan sahur jika hendak puasa dan sempat melakukan beberapa jenis solat malam.

Jangan dibicarakan waktu malam berlalu tanpa solat tahajjud dan witir. Paling malang apabila subuh datang menziarahinya ketika seseorang itu sedang lena tidur.

Tahap yang ketujuh ialah ketika subuh menziarahinya orang itu sudah bangun dari tidurnya. Namun tergolong rugi kerana waktu malamnya dalam sifar tanpa solat tahajjud dan witir.

Menyelusuri qiyamullail Rasulullah s.a.w tidak buat selaras dalam perkara wirid dengan satu kaedah sahaja, bagi memudahkan umatnya membuat pilihan dan mengamalnya.

Sama ada wirid jenis bacaan atau qiyamullail Nabi s.a.w sesekali qiyamullail seperdua malam dan sesekali qiyamullail sepertiga malam, atau qiyamullail dua pertiga malam atau satu perenam malam untuk qiyamullail.

Kepelbagain detik Nabi s.a.w berqiyamullail disebabkan situasi Rasulullah yang berbeza. Ada kalanya bekerja berat pada siang harinya terpaksa rehat lebih pada malamnya, menyebabkan lewat sedikit waktu qiyamullailnya.

*mauidzah; TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT*

Saturday, October 16, 2010

Awas daripada Muflis di Akhirat (bhg 1)

"Adakah kamu semua mengetahui siapakah orang yang muflis?" Sebagaimana macam besa, salah satu teknik didikan Rasulullah s.a.w adalah dengan cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti penjelasan Baginda kepada persoalan tersebut.

Para sahabat menjawab ,"Muflis dalam kalangn kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)." Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Bahkan pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, maka yang terlintas di dalam fikiran kita ialah seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.

Lantas Rasulullah s.a.w menerangkan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan.Baginda bersabda yang bermaksud: "Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, menfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang.Waktu perbicaraan, diambil pahalanya(si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya , lalu dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia dihumbankan ke neraka!"[riwayat Abu-Hurairah, no 2581]

Penjelasan baginda ini cukup menggerunkan hati-hati orang yang tersemai iman didasarnya, mereka bimbang sekiranya terjerumus ke kancah muflis.

Seseorang yang diisytiharkan bankrap di dunia, masih ada yang boleh membantu, tetapi apabila telah mengisytiharkan muflis di akhirat, tiada lagi hala tuju lain, melainkan neraka...



3 modal, 5 liabiliti
Modal yang dibawa ke akhirat kelak tidaklah terhad kepada tiga jenis pahala yang disebut didalam hadis ini sahaja. Bahkan menurut Ibn 'Allan al-Syafi'i dalam kitabnya, Dalil al-Falihin, juga termasuk pahala amalan soleh yang lain. Ini bermakna, segala kira bicara diakhirat kelak adalah berdasarkan "mata wang dosa pahala".

Ketika itu nilai ringgit sudah tidak laku,begitu juga riyal, dolar dan sebagainya. Manusia yang besar modal pahalanya, dia akan bergembira dan bersenang lenang.Manakala yang kekurangan modal, pasti mencari-cari tempat bergantung yang sudah pasti tiada lagi. Bertambah malang lagi apabila modal yang sedikit terpaksa dibayar kepada manusia lain yang pernah menjadi mangsanya didunia dahulu.

Apakah yang akan terjadi apabila dia tiba-tiba kehabisan modal, sedangkan hutang yang dituntut masih belum selesai? Maka ketika itu dia dipaksa pula oleh malaikat untuk memikul dosa mangsa. Sahlah, dia telah muflis!

Monday, October 4, 2010

fenomena solat witir..

Para ahli tahkik mengatakan, "Witir adalah nama bagi satu rakaat yang diasingkan dari yang sebelumnya, Ini termasuk solat lima, tujuh ataupun sembilan rakaat yang bersambung. Solat witir adalah penutup bagi solat malam."

Di malaysia..solat witir ini selalunya hanya popular,didengari dan dilaksanakan pada bulan ramadhan sahaja.Kadangkala ia dilaksanakan hampir keseluruhan malam sepanjang bulan ramadhan.Barangkali munkin disebabkan selepas solat tarawikh imam terus mengerjakan solat witir atau bagi yang mengerjakan pada waktu pagi munkin disebabkan kemudahan bangun sahur.Maka diantara waktu sahur dan subuh memudahkannya menunaikan solat witir...

Tapi selepas ramadhan boleh kata hampes/mendukacitakan..ramai dikalangan hamba-hamba Allah Taala yang hanya menjadi hamba ramadhan..tetapi bagi ibadurrahman sebaliknya..

Martabat solat witir amatlah tinggi sehingga ada ulamak yang mengatakan solat witir itu sifatnya hampir kepada wajib.Maka melaksanakannya amatlah dituntut..

Dalam keterangan hadis, nabi juga didapati sering menunaikan solat witir 3 rakaat.Dari segi waktunya pula, ia (solat tahajud dan solat witir) dapat dilakukan dari selepas Insyak( bersama sunnahnya) hingga solat Subuh.

Dalam hadis yang lain Saad bin Mansur telah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a..
"Tidak berpagi-pagi seorang lelaki yang tidak mengerjakan solat witir melainkan pada paginya dia mengusung seberkas tali yang berukuran tujuh puluh hasta di atas kepalanya".

Ada yang mengatakan teori kalo udah solat witir tidak boleh lagi mengerjakan solat2 sunat yang lain selepasnya(tahajjud,tasbih,taubat,hajat etc)..Ini tidak benar.Yang benar adalah solat sunat witir itu hanya dilaksanakan sekali sahaja pada satu malam.Tidak boleh dua kali.

Abu Bakar as-Siddiq sendiri bila mengerjakan solat witir itu ketika sebelum tidur.Ini bagi mengelakkan tidak terbangun besok hari maka dirinya sudah solat witir.Lantas Nabi Muhammad menggelarkan beliau seorang yang prihatin dan berhati-hati didalam ibadat

Manakala bagi saidina Umar al-Khattab..memilih mengerjakan solat witir itu di waktu sepertiga malam selepas menunaikan tahajjud kerana keyakinannya yang tinggi untuk bangun malam mendirikan qiyamullail.Maka Rasulullah menyifatkan beliau seorang yang kuat rohaninya didalam ibadat.

*Solat wajib dilaksanakan dengan iktikad ia dilakukan se'ain-ain' kerana TAAT kepada Allah. Bagi solat sunat pula, niatnya adlah bagi menDEKATkan diri kepada Allah. Ibadah sunat khusuusnya solat tahajjud amatlah ditekankan Allah.Ini kerana ia adalah ibadah tambahan, sebagaimana yang disyaratkan Allah dalam surah al-israk ayat 79 yang bermaksud, " Bangunlah pada sebahagian waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu di akhirat di tempat yang terpuji."*
Takbir..!!!

~SALAM IBADAH~